TENTANG KAMI

KUMPULAN SYARIKAT KADOKAWA GEMPAK STARZ

Bermula sebagai ART SQUARE GROUP pada 1994. Kami menyalurkan khidmat pengiklanan kepada pelbagai syarikat cip biru sebelum menceburi industri penerbitan. Kejayaan berterusan menyaksikan penubuhan GEMPAK STARZ, jenama penerbitan komik pada 2001. Pada 2013, kami berjaya menerbitkan lebih 250 judul pelbagai genre karya artis komik terkenal tempatan, serantau dan antarabangsa.

Pada November 2015, kami menyertai KADOKAWA CORPORATION, syarikat penyedia kandungan hiburan terkemuka di Jepun dan muncul dengan nafas baru sebagai KADOKAWA GEMPAK STARZ. Kini, kami terus mara daripada penerbit komik terbesar di Malaysia menjadi antara pelopor kandungan kreatif paling prolifik di dunia.

Berbekalkan pengalaman KADOKAWA CORPORATION selama 70 tahun yang mahir dalam mengukuhkan nama, KADOKAWA GEMPAK STARZ berkembang menjadi syarikat media berpengaruh dengan portfolio berbeza, merangkumi animasi, permainan, kandungan digital dan kandungan multimedia lain sebagai cabang tambahan kepada penerbitan komik, novel ringan dan majalah sedia ada.

Kamilah peneraju syarikat kreatif, KADOKAWA GEMPAK STARZ.

STRUKTUR

komik online Malaysia | publisher in Malaysia | Self publishing Malaysia

VISI

Perubahan berterusan merupakan kunci untuk mencapai misi syarikat. Sasaran kami adalah menjadi syarikat berkaliber yang membawa impak perubahan positif pada diri kami serta kehidupan orang lain. Kami menetapkan objektif dalam setiap huruf ‘CHANGE’ bagi menjayakan visi syarikat.

Creative – menghasilkan kandungan asli berinspirasi serta hiburan berinformasi.

Menghasilkan isi kandungan asli yang menggalakkan dan merangsang minda pembaca serta memberi info yang menghiburkan.

Happiness – agar semua pembaca merasai keseronokan dan mencetus lebih banyak kegembiraan.

Tiada apa lebih mengujakan daripada melihat senyuman pada wajah pembaca, klien, pengedar, peruncit, rakan kongsi, staf dan sesiapa sahaja.

Advance – meluaskan sempadan ekspresi kreatif.

Kami berharap dapat memperluas dan melangkaui kreativiti sedia ada dengan sentiasa bereksperimen menerusi idea, konsep dan media baharu serta unik.

Network – membina hubungan dan menjalin kerjasama.

Tiada manusia mampu hidup bersendirian di sebuah pulau, begitu jugalah dengan organisasi. Kami percaya dengan hubungan sesama manusia untuk menjalin persahabatan yang telus dan membina rangkaian yang kukuh. Kami aplikasikan pada hubungan vertikal dan horizontal dalam organisasi dan juga dalam hubungan ‘business-to-customer’ (B2C) dan ‘business-to-business’ (B2B).

Global – melebarkan jangkauan ke seluruh dunia.

Kami bukan sekadar mahu menjadi penerbit komik dan novel ringan terbesar di Malaysia malah melebarkan jangkauan ke seluruh dunia sekali gus menjadi nama besar industri kreatif secara global.

Empower – memperkasa generasi akan datang.

Harapan kami untuk menawarkan ilmu serta inspirasi agar generasi akan datang lebih kreatif dan berimpian lebih tinggi.

MISI

Misi kami adalah menjadi peneraju industri kandungan kreatif dan memperkaya nilai kehidupan orang sekeliling melalui strategi campuran media yang canggih serta inovatif.

Impian kami bukan angan-angan kosong. Kami berpegang pada matlamat dan berusaha merealisasikannya. Menjadi salah satu pencipta kandungan kreatif terbaik dunia merupakan hala tuju kami. Namun ia tidak membantu dan tidak mengubah apa-apa sekiranya tidak merangsang kehidupan pembaca. Oleh itu, pelbagai strategi campuran media diaplikasi bagi menyampaikannya kepada pembaca secara menyeluruh.

PENCAPAIAN

2018

Berkolaborasi dengan Animonsta Studios menghasilkan komik edisi khas LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR.

Mengambil bahagian dalam Pameran Kartun & Kita di Muzium Negara.

Menyambut ulang tahun ke-15 LAWAK KAMPUS dengan mengadakan pameran di Balai Seni Lukis Negara.

Melancarkan portal berita atas talian GEMPAK & COMIC KING.

Melancarkan projek IP baharu: BOBO & BRUNO.

Melancarkan Comic King 360°, medium kandungan kreatif dan ACG di saluran YouTube.

2017

Melancarkan GEMPAK STARZ Store dan memasarkan produk kami di pelbagai medium pasaran e-dagang Malaysia.

Memasarkan e-penerbitan di pelbagai kedai e-buku.

Menerbitkan isu pertama majalah Japan Walker dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

2016

Berkolaborasi dengan Astro menghasilkan komik adaptasi filem ‘Aliff Dalam 7 Dimensi’ dan ‘Ola Bola’.

Melancarkan aplikasi permainan LAWAK KAMPUS: DIMENSION DRIFT.

Melancarkan MAGIC BEAN versi bahasa Melayu.

Berkolaborasi dengan kedai buku Kinokuniya menghasilkan kad istimewa pelanggan LK 2015 Kinokuniya.

Mula memasarkan siri ‘X-VENTURE: Dunia Haiwan’ dalam versi bahasa Jepun.

Melesenkan hak cipta kepada Taiwan dan Thailand.

2015

Pelancaran aplikasi digital majalah GEMPAK.

Berkolaborasi dengan Astro menghasilkan komik adaptasi filem ‘Woohoo’, ‘Great Day’ dan ‘The Journey’.

Pelancaran siri MAGIC BEAN JUNIOR dan MAGIC BEAN COTTON CANDY versi bahasa Cina.

MAGIC BEAN menganjurkan sesi perkongsian tip menulis novel di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Menjemput artis lakaran Korea terkemuka dunia Kim Jung Gi untuk sesi perkongsian.

Melesenkan hak cipta kepada Taiwan.

GEMPAK STARZ menjadi sebahagian keluarga KADOKAWA.

Akaun rasmi LINE mencapai 1 juta pengikut.

2014

Zint dianugerahkan Bronze Award untuk USER Volum 1 di 7th International Manga Awards.

Siri animasi JINGGO disiarkan.

Aplikasi komik digital COMIC KING dilancarkan.

Menganjurkan Pertandingan Filem Pendek pertama MAGIC BEAN (bahasa Cina).

Menganjurkan Pertandingan Menulis Novel pertama MAGIC BEAN (bahasa Cina).

Melancarkan akaun rasmi Instagram.

Melancarkan akaun rasmi LINE.

2013

Pameran Ulang Tahun ke-10 LAWAK KAMPUS diadakan di Balai Seni Negara.

Menghasilkan MAGIC BEAN versi bahasa Cina, jenama siri novel baharu.

Menghasilkan JINGGO, adaptasi pertama komik ke animasi.

Melancarkan mainan TOYS GEMPAK STARZ.

Melesenkan hak cipta kepada:

  • Thailand SE – Education Public Company Limited
  • Vietnam Vang Anh Culture Co. Ltd
2012

Menerbitkan ‘Jejak Libasan Jaguh’ Vol. 1 dan 2, novel grafik pemain badminton nombor satu dunia, Dato’ Lee Chong Wei.

Platinum Superstar Karaoke menampilkan karakter komik sebagai reka bentuk hiasan dalaman.

LOST LEGENDS didigitalkan dengan penghasilan kad AR serta aplikasi telefon pintar.

Perasmian GALERI GEMPAK STARZ menampilkan paparan unik dan konsep khas oleh artis komik GEMPAK STARZ.

2011

Menganjurkan X’Pose dan pameran Creative Fever 100% , usaha sama dengan Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Berkolaborasi dengan Converse berkenaan konsep sekali gus keluarkan ‘This is Street Clash’.

Membangun dan melancarkan aplikasi majalah COMIC KING untuk pengguna iOS.

GEMPAK STARZ ROAD TOURS di Malaysia.

Melesenkan hak cipta kepada:

  • China 21st Century Publishing House
  • Indonesia Pustaka Zahra
  • Thailand Banlue Publications Co. Ltd

Melancarkan profil rasmi Twitter.

2010

Menganjurkan GEMPAK STARZ ROAD TOURS, usaha sama dengan kedai buku terkenal Popular dan MPH di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak.

Melancarkan siri PASUKAN X-VENTURE, hasil karya sembilan artis komik berkaliber.

Filem pendek eksklusif/iklan GEMPAK STARZ ditayang di ANIMAX.

Projek kreatif bersama kumpulan muzik tempatan, Manhand menghasilkan novel grafik.

Berkolaborasi dengan Manga Black Box menghasilkan komik digital. Antaranya ‘Monggo’, ‘Jinggo’, ‘Juice’, Kaoru’S Cake House’, ‘Daisuki’ dan ‘Silent Revolution’.

Menghasilkan novel grafik adaptasi filem Malaysia-Singapura bertajuk ‘Lelio Popo’.

Karya dipamerkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing dan Frankfurt.

Melesenkan hak cipta kepada:

  • Malaysia See Hua Daily News Bhd.

Melancarkan laman web rasmi GEMPAK STARZ @e-kedai.

2009

Lebih banyak projek crossover.

Melesenkan hak cipta kepada:

  • China Phoenix Publishing
  • Indonesia Mizan Publishing House
    PT Gramedia – m&c! Comics
  • Thailand Meedee All Media Co. Ltd

Melancarkan laman rasmi Facebook GEMPAK STARZ.

2008

Menganjurkan pameran eksklusif GEMPAK STARZ 100% di Dasein Academy of Art bersempena pelancaran COMIC KING isu #100 dan debut majalah bahasa Inggeris POPCORN.

Berkolaborasi dengan Radioactive menghasilkan ‘Duct Tape Wallets’.

Menyumbang ilustrasi sempena ulang tahun ke-45 ‘Old Master Q’.

Berkolaborasi dengan Cheezels menghasilkan komik bersiri ‘Chez’.

Menjadi agensi media untuk majalah pendidikan Hup Lick Publishing.

Perasmian pejabat cawangan Singapura.

Melesenkan hak cipta kepada Malaysia Oriental Daily News.

2007

Melesenkan hak cipta komik kepada Hong Kong Jade Dynasty Publications Ltd.

Melancarkan LEARN MORE bercirikan pendidikan untuk si cilik.

Bekerjasama dengan Kenny Wong, artis komik Hong Kong menerusi ‘We Love Molly’.

Bekerjasama dengan Maxis menerbitkan ‘Hotlink Warriors’.

Bekerjasama dengan Celcom menghasilkan ‘Channel-X’.

Bekerjasama dengan TM Point menghasilkan siri komik yang diterbitkan dalam majalah UTOPIA.

Menerbitkan komik bahasa Cina LITTLE MONITOR dan komik bahasa Melayu ELEMEN.

2006

Terlibat dalam projek crossover lebih menarik dan berinspirasi.

2005

Artis komik GEMPAK STARZ dijemput menghadiri 8th International Comic Artists Conference di Hong Kong.

2004

Melebarkan sayap dengan kolaborasi bersama rakan kongsi antarabangsa menghasilkan projek crossover.

Meluaskan jangkauan dengan melesenkan hak cipta komik ke China.

2003

Membuat konsep acara dan menganjurkan Malaysia Comics Carnival (MCC).

Menerbitkan isu #1 Comic King, majalah info-komik berbahasa Cina.

Melancarkan LAWAK KAMPUS, komik strip paling popular di Malaysia.

2002

Melancarkan Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia yang pertama.

1999

GEMPAK mula memaparkan komik bersiri seperti MAT GEMPAK, JINGGO dan UNDER-18 yang berkembang dan meraih peminat tersendiri sehingga ke hari ini.

1998

Berkembang dan menceburi industri penerbitan.

Menerbitkan GEMPAK, majalah berbahasa Melayu sekali gus menghasilkan genre baharu industri komik Malaysia yang mencetus fenomena luar biasa.

1994

Bermula sebagai agensi pengiklanan, memberi khidmat kepada pelbagai syarikat cip biru.

Close Menu