KEITH
TENTANG
Selepas tamat belajar rekaan grafik di In-House Multimedia College, Kuala Lumpur pada 1994, Keith melanjutkan pengajian dalam animasi 2D di Limkokwing University of Creative Technology. Kemudian Keith menyambung pengajian dalam bidang animasi 3D di Sheridan College, Kanada. Pada 2003, Keith menyertai KGS sebagai pembantu artis komik dan menjadi artis komik sepenuh masa tahun berikutnya. Komik 4 panel LAWAK KAMPUS melonjakkan nama Keith bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke China di mana ia debut dalam majalah mingguan ‘Comic World’. Pada 2018, komik eksklusif ‘BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus: Superior’ serta beberapa komik khas LAWAK KAMPUS diterbitkan bersempena ulang tahun ke-15 LAWAK KAMPUS.
KARYA
LAWAK KAMPUS
BOBOIBOY GALAXY X LAWAK KAMPUS SUPERIOR
LAWAK KINGDOM
WASABI
ENCORE!
LAWAK SELEB
LELIO POPO
SUPER K6 GANG COMICS
PENCAPAIAN
2018
Menang Best Humor Comic di MAD!! Asia Pacific Animation & Comics Awards.
2017
Menang Most Outstanding Comic Artist Award di China-ASEAN Top Business Awards.
2015
Menang Best 4-Panel Comic Strip untuk Asian Youth Animation & Comics Contest di Asian-Pacific Animation & Comics Association (APACA).
2014
Menang Gold Award untuk Best Comic Storyboard di 11th Oriental Animation & Comic Competition (OACC).
2012
Menang Golden Monkey King Award untuk Best Foreign Comic di 8th China International Cartoon & Animation Festival (CICAF).
2011
Menang Best 4-Panel Comic Strip di 2nd Malaysian Mandarin Comic Society Awards.
2009
Menang Most Popular Comic di 1st Malaysian Mandarin Comic Society Awards.
2008
Menang Shorei Award di Japan’s 1st International MANGA Award.
2007
Menang Best Overseas Comic di 3rd Oriental Animation & Comic Competition (OACC).
2005
Menang Best Multi Frame Comic Strip Finalist di 2nd Oriental Animation & Comic Competition (OACC).
