PENGUMUMAN: PEMENANG PERTANDINGAN DEKORASI SUDUT BACAAN KOMIK SEKOLAH 2022

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Dekorasi Sudut Bacaan Komik Sekolah 2022. Bertemakan Siri X-VENTURE Era Jelajah Ulung, kami menerima pelbagai penyertaan dekorasi yang sangat menarik, inovatif dan kreatif.

 

Disertakan senarai pemenang Peringkat Zon yang berjaya menambat hati pihak juri untuk Pertandingan Dekorasi Sudut Bacaan Komik Sekolah 2022 ini.

 

**Makluman – Pemenang bagi video penghasilan *video pendek terbaik* akan diumumkan pada *25 Ogos 2022* manakala pemenang *Peringkat Kebangsaan* akan diumumkan pada *6 September 2022* semasa sesi penyampaian hadiah.

 

Sekalung tahniah buat semua pemenang, anda memang terbaik! Harapan kami agar para pemenang dapat dijadikan inspirasi dan panduan dalam pertandingan akan datang. Bagi yang kurang bernasib baik, anda juga telah berjaya mencipta Sudut Komik tersendiri untuk kegunaan murid-murid kesayangan kita semua.

 

Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang pertikaian, rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan. Harap maklum.

 

_____________________________________________________________________________________

 

*ACARA PENYAMPAIAN HADIAH*

 

Sila lihat butiran di bawah untuk acara penyampaian hadiah:

 

Program               : Kolokium Kajian Tindakan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022

Tempat                : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), Shah Alam, Selangor

Tarikh                    : 06 September 2022 (Selasa)

Masa                     : 12.00 tengah hari

 

*Meja pendaftaran dibuka pada 11.00 pagi

 

Mohon semua pemenang RSVP kehadiran masing-masing di link berikut:

https://forms.gle/YnheRSLf6fb2dbDG9

 

 

Jutaan terima kasih diucapkan dan semoga bertemu lagi di Pertandingan akan datang tahun hadapan!

📣📣 Announcement 📣📣
.
𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙢𝙪𝙢𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙫𝙞𝙙𝙚𝙤 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 🎉
.
Ada 3 Kategori: SK, SMK & SJKC. Tengok Betul-Betul, ada tak Nama Sekolah Anda !
Tahniah Kepada Pemenang-Pemenang Dan Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda 🤩
.
Bagi Pemenang Peringkat Zon dan Video Pendek Terbaik, Sila Rujuk Disini untuk Info Acara Penyampaian Hadiah & RSVP Kehadiran Masing-Masing di link Berikut: https://forms.gle/YnheRSLf6fb2dbDG9:
.
Program : Kolokium Kajian Tindakan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022
Tempat: : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), Shah Alam, Selangor
Tarikh : 06 September 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Meja pendaftaran dibuka seawal 8.00 pagi
.
* Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang pertikaian, rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan. Harap maklum*