KF

TENTANG

Anak jati Batu Pahat, Johor ini merupakan graduan The One Academy dalam bidang animasi sebelum menyertai TOONA Animation Company sebagai juruanimasi 2D. Pada 2007, KF menjadi colorist dan artis komik. Pada 2009, KF terlibat dalam rekaan cerita asal dan rekaan karakter ‘Dreamcatcher: The Opening’. Pada 2010 KF mula berkarya untuk majalah UTOPIA dan menghasilkan komik genre seram. Pada 2012, KF menerbitkan karya kompilasi seram pertama berjudul ‘Dajal Berbisik’. Pada 2014, KF terlibat dalam penghasilan ilustrasi siri novel ringan ‘Magic Bean’ versi bahasa Cina sebelum menghasilkan komik seram ‘Jangan Tutup Lampu…: Indonesia’ dan komik kompilasi kedua ‘Berteman Puaka’ pada 2015.

KARYA

SIRI JANGAN TUTUP LAMPU…
SIRI SERAM

PENCAPAIAN

2007

‘Anti X Virus’ menang sagu hati Manga Newcomer Awards

Close Menu